Wednesday, August 10, 2011
Thursday, August 4, 2011
myMetro | Jangan parkir sesuka hati
ZUOKAS menaiki kereta perisai untuk menggelek kereta Mercedes yang diparkir secara haram.
VILNUS: Ini saat menakjubkan bagi seorang datuk bandar yang marah, apabila dia memandu sebuah kereta perisai untuk menggelek sebuah kereta Mercedes kelas S yang dipakir di laluan basikal.
Arturas Zuokas, 43, bertindak drastik selepas berang dengan pemandu yang meletakkan kereta mewah mereka sesuka hati di sekitar bandar raya Vilnus, ibu negara Lithuania.
Dia mengambil pendekatan itu untuk memerangi kereta yang diparkir secara haram dengan memusnahkannya dengan menggunakan kereta perisai tentera buatan Russia.
“Saya mahu memberi mesej kepada mereka yang memiliki kereta besar dan mahal bahawa mereka tidak boleh parkir sesuka hati dan tidak mengendahkan hak pejalan kaki atau penunggang basikal.
“Perbuatan mereka menunjukkan mereka tidak menghormati orang lain dan ia tidak boleh dibiarkan. “Saya berpendapat ini cara untuk menarik perhatian bahawa bandar ini berhasrat untuk menjadi proaktif dalam memerangi mereka yang meletakkan kereta sesuka hati.” Pemilik Mercedes itu dirakam keluar dari sebuah kedai dan mendapati keretanya dimusnahkan oleh seorang pemimpin awam yang berpakaian kemas.
Zuokas kemudian dilihat bersalam dengannya dan memberitahunya supaya tidak meletakkan keretanya sesuka hati sebelum datuk bandar itu menunggang basikal meninggalkan tempat berkenaan selepas menyapu serpihan kaca.
Kenderaan itu kemudian ditarik dan dimusnahkan.
Kejadian itu sebenarnya dirancang oleh Zuokas untuk menunjukkan betapa seriusnya dia dalam memerangi parkir haram.
Ia dirakam untuk disiarkan oleh pegawai majlis bandar raya sebagai pengajaran kepada pemilik kereta mewah seperti Ferrari dan Rolls Royce yang kerap meletak kereta mereka di laluan basikal.
“Apa yang mesti dilakukan oleh pihak bandar raya terhadap mereka yang beranggapan mereka melebihi undang-undang?” soalnya.
“Kereta kebal adalah penyelesaian terbaik.” Jurucakap datuk bandar itu berkata, kereta itu dibawa khas khusus untuk rakaman iklan berkenaan. - Agensi
Bubur Pulut Hitam

Monday, July 18, 2011
Sunday Activity - SPA :D
Thursday, July 14, 2011
Gambar celebrate b'day Aliyyah & Daddy
Aliyyah Demam
Tuesday, July 12, 2011
Topi Keledar - Helmet :D
SURAT RASMI
Wednesday, July 6, 2011
Aliyyah & Daddy Birthday

Thursday, January 6, 2011
2011
Aku telah pun berpindah balik ke Malaysia. Sebelum ni aku duduk kat S'pore. Dan aku juga telah pun bermula kerja balik setelah 3 tahun meninggalkan dunia pekerjaan yang penuh dgn masalah. Tapi aku lebih seronok jadi surirumah sepenuh masa. Tambah2 bila dah ada anak. Rasa berat hati sangat. Tapi nak buat macam mana keadaan tidak mengizinkan aku jadi surirumah sepenuh masa.
Apa2 aku nak introduce my lovely daughter Aliyyah Lukman Hakim Daulay. She was born 6th July 2010. Sama dengan tarikh lahir Daddy nya. Dilahirkan di KK Women's and Children's Specialist Hospital. Tau tak apa maksud KK . KK adalah singkatan dari KANDANG KERBAU. Kesian Aliyyah lahir kt Kandang Kerbau. :)
Hari ni genap 6 bulan. Pejam celik tu dia sekejap aja dah besar, dah boleh dok dlm walker..tapi reverse je la...it's ok darling mummy know u can do it.. Selepas ini mungkin banyak citer pasal Aliyyah yang akn ku karangkan...
Ini saja entry aku utk hari ni... Sambil kerja sambil berentry..bagus kan pekerja macam aku ni... baru keje dah nak jadi otai...;)
