Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, July 14, 2011

Aliyyah Demam

Petang Isnin aritu Aliyyah demam. Masa aku gi ambil dia tgh tidur kat baby cot nya tu. Ibu cakap makan je muntah. Lepas ambil dari nursery tu terus bawa dia pegi klinik. Bila sampai klinik terus register. Bila masa menunggu giliran Aliyyah kita ni dah takde rupa orang demam mulutnya dok pot pet pot pet dok asyik menegur orang je. Kuat pulak tu suaranya.

Bila masuk jumpa doktor pun sama. Macam2 bunyi dibuatnya. Sampai doktor tu cakap eh dah bawa motor pulak...hehehe... Doktor cakap tekak Aliyyah dah merah sangat dan banyak kahak. Tapi tidak la serius sangat sakit Aliyyah tu. Dah habis check Aliyyah pun bai bai kat doktor tu.

Aliyyah dapat 5 jenis ubat antibiotik, kahak, batuk, selesema dan demam. First time Aliyyah dapat ubat banyak macam tu. Semuanya harus dimakan 3x sehari. Nasib baik Aliyyah senang nak makan ubat, senang sikit keje Mummy...hehehe...

Malam tu Aliyyah tido awal, mungkin sebab demam agaknya. Kalau tak sebelum ni nan hado dia nak tido awal selalunya aku yang tido dulu. Tapi malam tu kuat juga dia batuk, tak pernah aku dengar dia batuk smpi mcm tu sekali. Kesian sungguh aku dengar. Mummy doakan Aliyyah cepat sembuh yer sayang. Mummy tau Aliyyah strong baby.

No comments:

Post a Comment