Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, July 18, 2011

Sunday Activity - SPA :D


Semalam pagi2 dh keluar pegi Swiss Garden kat Jalan Pudu. My husband booked for me SPA kat sana :D manyak syiokkk... Thank you very much darling love u so much...:* Aku tak pegi SPA sorang2...aku gi dengan K.nor (A.nick wife). Ini plan husband masing2 nk kasi wife rilek one corner...hehehe...sementara husband2 kena jadi babysit...:D

Ini kira pertama kali la aku pegi spa..selalunya buat facial je. Body massage pn cuma skali je. Sampai hotel kul 10:15. Pegi breakfast jap je sbb buffet breakfast dh habis 10:30am :( Dapat la alas perut sikit sebelum pegi spa.

Spa yang aku buat ni kiranya special offer la...dari hujung rambut smpi hujung kaki. Mula2 mandi lulur. Lepas tu dia buat hair treatment, massage satu badan dn facial. Sedap gila bila badan diurut. Hilang sikit rasa sakit dan lenguh2. Semuanya 2 jam setengah. Memang hanyut dibuat mimpi. hehehe...Rasa mcm nak lagi...:l Lepas dh siap semua mereka hidang ginger tea. Segar bugar rasanya... Husband siap puji lagi berseri2 :D

Lepas habis spa, perut pun mula minta diisi. So lepas tu we all pegi jalan2 cari makan. Kita pegi makan nasi padang dekat Puti Bungsu Batam. I love nasi padang...sedap sgt...mcm2 lauk ada. Aku suka makan urap2, daging dendeng dgn sambalnya. Yang tu gak la aku dok ulang2 tambah. hehehe....



Antara lauk2nya..


Muka baru lepas buat spa...:D



Thursday, July 14, 2011

Gambar celebrate b'day Aliyyah & Daddy


Aliyyah yang comot bila makan kek. Habis mandi satu badan dengan kek.



Birthday girl. Cukup 1 tahun umur Aliyyah.


Aliyyah & Daddy nak tiup lilin. Tapi daddy tiupkan sekali untuk Aliyyah :D


Ini kek pertama Aliyyah utk setahun punya. Aliyyah potong 3 biji kek utk celebrate birthdaynya dgn Daddy. Kek yang kedua Upin & Ipin utk kawan2 Aliyyah di nursery. Kek yang ketiga masa celebrate dengan family2. Wah Aliyyah dn Daddy bukan main lagi yer tahun ni 3 biji kek dipotongnya. :D



Aliyyah Demam

Petang Isnin aritu Aliyyah demam. Masa aku gi ambil dia tgh tidur kat baby cot nya tu. Ibu cakap makan je muntah. Lepas ambil dari nursery tu terus bawa dia pegi klinik. Bila sampai klinik terus register. Bila masa menunggu giliran Aliyyah kita ni dah takde rupa orang demam mulutnya dok pot pet pot pet dok asyik menegur orang je. Kuat pulak tu suaranya.

Bila masuk jumpa doktor pun sama. Macam2 bunyi dibuatnya. Sampai doktor tu cakap eh dah bawa motor pulak...hehehe... Doktor cakap tekak Aliyyah dah merah sangat dan banyak kahak. Tapi tidak la serius sangat sakit Aliyyah tu. Dah habis check Aliyyah pun bai bai kat doktor tu.

Aliyyah dapat 5 jenis ubat antibiotik, kahak, batuk, selesema dan demam. First time Aliyyah dapat ubat banyak macam tu. Semuanya harus dimakan 3x sehari. Nasib baik Aliyyah senang nak makan ubat, senang sikit keje Mummy...hehehe...

Malam tu Aliyyah tido awal, mungkin sebab demam agaknya. Kalau tak sebelum ni nan hado dia nak tido awal selalunya aku yang tido dulu. Tapi malam tu kuat juga dia batuk, tak pernah aku dengar dia batuk smpi mcm tu sekali. Kesian sungguh aku dengar. Mummy doakan Aliyyah cepat sembuh yer sayang. Mummy tau Aliyyah strong baby.

Tuesday, July 12, 2011

Topi Keledar - Helmet :D

Topi keledar ni terbahagi kepada beberapa jenis, misalnya helmet utk penunggang motor, basikal, kerja (mcm org kontraktor, offshore pakai) dn ada mcm2 jenis la helmet ni. Ia digunakan utk keselamatan di bahagian kepala. Kalau di Malaysia adalah wajib bagi penunggang motorsikal memakainya. Tapi kadang2 ada gak aku tgk org tk pakai...itu org berani mati :D

Sebenarnya ada cerita disebalik helmet ni... Cik Aliyyah kita ni takut dengan helmet...heran aku...pada aku helmet tu tidaklah menyeramkan, biasa aje. Tapi bila Cik Aliyyah kita ni tengok helmet mengigil2 tangan, panik dan menangis semacam. Bila tengok dia macam tu pelik dan sangat lucu...Aku pun tak tau sampai bila dia akan takut dengan helmet tu. :D

Itulah kali pertama aku tengok Aliyyah takut dengan sesuatu benda. Skang aku gunakan helmet tu untuk diletakkan ditempat suis2 dirumah. Itu tempat favorite Cik Aliyyah kita bermain. Suka sangat dia main dgn suis tu. Skang aku letak helmet kat suis2 tu, terus tak berani Cik Aliyyah kita nak main. Dijauhkan dirinya hehehe... mungkin sekejap je la takutnya tu :p

SURAT RASMI

Ini kisah 2 minggu lepas. Baru nk update...:D

Buat semua peminat2 Aliyyah di Malaysia...bweekk nk muntah org yg membacanya...yang ado...poyo je ye mummy yaya ni...hari sabtu aritu dapat surat. Surat tu dari JPN. Aku nmpk je stamp dari JPN (Jabatan Pendaftaran Malaysia) terus dup dap 2x... tak sangka begitu cepat sekali dari tarikh yang sepatutnya. Aku boleh bagi 10 star pada JPN. Aku apply pada 29/4 aritu blm smpi 3 bln lagi. Tajuk surat tu PENGESAHAN TARAF WARGANEGARA. Dlm isi kangdungannya "Dengan sukacita dimaklumkan bahawa permohonan anda telah diluluskan" masa baca tu syukur yang teramat sgt...dan happy sgt2...so dia suruh pegi buat pembayaran pengesahan taraf RM10 dimana2 JPN yang berdekatan. Aku pegilah yang kat Wangsa Maju dkt dgn office aku keje. Pagi2 lagi dah kluar. Ye la aku masuk keje kul 9am. Sampai kul 8am dpt nombor 1015. Ok lah gedebak gedebuk lbh kurang 8.45 selesai. So cute dia punya cap jari...comel2 gitu...:D So proses lbh krg sbln utk collect sijil pengesahan taraf.

Alhamdulillah lepas ni dh tk payah pakai visa lagi... :D


Wednesday, July 6, 2011

Aliyyah & Daddy Birthday



<3 Happy Birthday to my lovely daughter Aliyyah & husband Lukman <3

Pejam celik, pejam celik Aliyyah dah setahun dan daddynya sweet 42 yrs old :D. Tak sangka both of my love sharing the same date. Ingat lagi tahun lepas kita bercamping dekat hospital siap dapat small cake lagi dari hospital sempena menyambut kelahiran Aliyyah 1 hari. Tapi aku tak leh nk makan :( 4 hari 3 malam tido kat hosp. Lepas kluar esoknya masuk balik hosp 4 hari 3 mlm gak sbb Aliyyah demam. Kesian dkt Aliyyah masa tu dn juga aku :( Anak sakit, mak pn sakit. Ye lah aku kan c-section semasa melahirkan Aliyyah. Alhamdulillah Aliyyah dh besar dn sihat walafiat. Sungguh kuat makan. Sampai Ayh Teh nya srh diet sbb tgk Aliyyah dh bulat...hehehe...Tapi nak wat mcm mana hobinya mmg suka makan. Takde yang tak favorite smuanya ditelanya termasuklah kertas skali...

Inilah dia buah cinta hati aku.




Hadiah pun blm dpt aku belikan lagi. Oleh itu aku telah order pulut kuning dgn ikan bilis dn rendang aym sempena hari yang berbahagia ini...ayt tk hengat...hehehe...

'Happy Birthday to both my dear love' Love both of u so muchhhhhhhh :*